Tuesday, 14 June 2016

Obsession

          Bebola mataku ligat memerhatikan buah hatiku yang leka bermain futsal. Jari-jemariku yang lincah kerap kali menekan butang pada skrin telefon bimbit untuk menangkap gambar si dia dari jauh. Lelaki itu merupakan satu-satunya lelaki yang aku cintai sejak dulu lagi sehinggakan aku sanggup mendaftar masuk ke universiti yang sama semata-mata mahu mengekori lelaki itu. Tidak ada seorang pun yang tahu tentang obsesiku kecuali Lisa. Hanya dia. Rakan karibku sejak kecil.

          Lisa sendiri yang menawarkan diri untuk membantu aku mendekati Adam. Katanya, apa salahnya tolong kawan baik sendiri. Tapi sehingga kini, tidak ada hasil melainkan Lisa semakin hari semakin rapat dengan Adam.

          Dari jauh aku terlihat seorang gadis ayu berjalan dengan penuh lenggang lenggok menuju ke arah court futsal. Dia menjinjit dua bungkus plastik. Pastinya dia mahu bertemu dengan Adam. Lisa kata mereka sering berbual tentang aku. Tapi cara Adam melayan aku seperti dia langsung tidak mengenali diriku. Jika berselisih, Adam langsung tidak mengangkat muka memandangku.

          Bukan main mesra lagi Lisa dengan Adam. Siap bertepuk tampar. Lisa kata, Adam menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan baik. Aku pun tahu Lisa pernah memberitahu aku yang dia sudah punya teman lelaki.

          Lisa. Aku mempercayainya sepenuh hati sehinggakan satu masa. Entah sejak bila aku menjadi berani dan panjang akal. Setiap gerak geri Lisa mula aku perhatikan. Setiap kali dia bergayut dengan teman lelakinya juga aku pasti akan pasang telinga. Gerak geri jarinya cuba aku baca setiap kali dia menyentuh telefon pintarnya.

          Semakin hari, aku semakin taksub untuk menyelongkar barang-barang Lisa. Hanya telefonnya saja yg belum aku korek. Senyuman penuh makna terukir di bibirku. Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan. Aku sudah mereka-reka ayat sekiranya tiba-tiba Lisa ada di dalam bilik itu. Senyap sunyi. Lisa tiada di dalam bilik mahupun di dalam rumah setingkat itu.

          Aku menutup suis utama elektrik rumah. Dengan berbekalkan screwdriver dan gunting, aku membuka satu-satunya soket di dalam bilik itu. Habis wayar-wayar dalam soket itu aku gunting. Aku tersenyum gembira.

          Malam itu, aku berpura-pura tidur awal. Sengaja aku menghantar pesanan ringkas kepada Lisa tadi.

Lisa, aku tak sihat. Sorry tak dapat teman kau dinner malam ni :-(

          Belum sampai seminit, telefonku berdering

Oh, tak apa. Aku dah makan dah tadi. Malam ni aku kena tidur awal, esok ada presentation :-)

          Lewat malam itu, aku terjengkit-jengkit keluar bilik. Engsel bilikku sudah aku sapukan minyak siang tadi supaya tak berbunyi. Takut Lisa terbangun pula kalau terdengar bunyi pintu bilikku dibuka. Sebaik sahaja keluar dari bilik, mataku terus tertancap pada telefon bimbit Lisa yang sedang dicas di atas meja itu. Jariku laju menekan kata laluan yang sudah lama aku hafal.

          Scroll, scroll, scroll. Nama sama sahaja memenuhi call log dalam telefon itu. Am. Am mana? Siap ada love-love lagi. Satu persatu aplikasi aku buka. Penuh nama Am. Boyfriend dia kot. Nama pun Izham. Nama manja Am?

          Mataku terbeliak sebaik sahaja aku membaca satu mesej daripada Am itu. Aku tahu itu bukan Izham, tapi Adam!

          Sejak peristiwa itu, aku akan ekori ke mana sahaja Lisa pergi. Aku juga sudah pernah lihat Lisa main suap-suap dengan si Adam itu. Hatiku pedih melihat kemesraan mereka. Aku sudah tidak punya pilihan. Hanya itu satu-satunya cara. Selamat tinggal Lisa :-)

          Diari berwarna merah hitam itu ditutup rapi semula. Bengap juga Sarah ni. Tulis diari macam ni. Aku mengerling Sarah yang sudah aku ikat pada kerusi. Sarah sudah nyawa-nyawa ikan. Kulit mukanya habis disiat-siat. Dah tak nampak macam orang.

          "Nampaknya, aku yang kena ucap selamat tinggal dekat kau. Pesanan last aku, lain kali sebelum kau nak stalk orang, pastikan dulu orang tu bukan... psiko" bisik Lisa pada cuping telinga kiri Sarah sebelum berundur setapak kebelakang untuk mengambil sesuatu di atas meja.

          Lisa tersenyum penuh makna sebelum melibas-libas pisau pemotong daging pada sekujur tubuh yang longlai itu.

Friday, 27 May 2016

Dreams ✨

Dreams. What are they? Some may say that our brain replay or recreate scenes that we've been through every day. Some may say that our dreams consist of things that we want to happen. Some may say that satan disturbed our beauty sleep (hahaha). And some also may say that our dreams are phenomenon that gives us clues and signs of things that may happen in future. Well, who knows who's right?

In another aspect of life, dreams are also things that we want to achieve in our life. Whether we want to achieve success, get what we always wanted to have, be someone we want or even have someone important in our lives, that's dream.

However, no matter how hard we struggle to make our dreams become reality, if it was written that we won't have it, we won't. Always remember that Allah almighty will give the best for us.

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners. 3:54

Have faith in Allah and never give up in achieving your dreams.
Du'a. Effort. Ikhtiyar. Tawakkal.